Saya terfikir sendirian,
“Adakah ketika saya mula memahami cerita di sebalik tabir, atau dengan bahasa yang lebih mudah mencerna maklumat dari sumber altenatif, saya sudah menjadi seorang yang pesimistik terhadap kerajaan?
Dari persoalan di atas, saya cungkil dua lagi persoalan.
- Apa itu pesimistik?
- Apa itu alternatif?
Dan ketika mencari jawapan saya terjumpa akan ini,
Dalam kamus dewan cetakan ke empat 1993
Alternatif
1. pilihan yang merupakan kemestian(keharusan) 2. satu pilihan di antara dua kemungkinan.
Pesimistik
Bersikap atau berpandangan mudah putus harap(cenderung melihat keburukan sesuatu, segera merasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu).
Ok, terus berbisnes.
Saya dengan penuh ghairah mendengar perkhabaran kehebatan ekonomi
Ketika itu saya mula mempersoalkan diri sendiri. Monolog dalaman berbunyi begini.
“ Anas, percayalah kata-kata mereka kali ini,negara memang sedang dalam kerancakan ekonomi dek kerana modal insane yang digembar-gemburkan, usah beralih dulu pada media alternative kerana tiada keharusannya lagi. Bukankah maksud alternative yang ditulis tadi juga bermaksud keharusan. Anas,
Maka saya dengan rela hati,membujuk rayu melepas keinginan melayari laman alternative. Tetapi selang keesokan harinya….
Kata Perdana Menteri;
Aduh, perkataan alternative tadi membuatkan saya hilang pertimbangan dan merasakan seolah-olah Perdana Menteri mengatakan kepada saya supaya menyelami juga maklumat dari laman alternative. Hasilnya, saya temui begini, FDI itu memang tinggi berbanding dahulu tetapi hakikatnya kenaikan itu Cuma dari segi dalaman. Maksud saya, mengapakah nilai FDI kita berbanding negara jiran kita jatuh.[pautan] Bahkan kita berada di belakang
Foreign direct investment into
Maka saya rasakan cukup tidak puas hati, saya cari satu berita lagi untuk meyakinkan bahawa saya bukan pesimistik. Hasilnya, saya jumpa berita ini yang menyatakan bahawa rakyat
Kamu katakan keluarga bahagia. Kenapa ada yang membunuh anak sendiri atas kesempitan hidup?. Kamu katakan keluarga bahagia kenapa ada anak yang dibuang ke
Saya tertanya juga, dengan rancaknya khabaran ekonomi ini, apa kesan kepada saya? Turunkah kos hidup? Atau sekadar gimik sahaja. Atau mungkin pilihan raya sudah dekat. Maka untuk itu saya sudah ada jawapannya…
Saya terpanggil untuk mengulas akan kecelakaan jalanraya yang gamat melanda ketika ini. Sungguh, sungguh murah nyawa kita di jalan raya. Berhemahlah, dan bertimbangrasalah. Tidak perlu menjadi pemandu yang hipokrit. Hanya berhemah tatkala polis berada di jangkauan mata. Kerana maut itu tidak meminta izin pihak polis. Anda mampu mengubahnya.
Saya suka benar membaca laporan berita harian hari ini yang mendedahkan bahawa pelajar IPTA lebih memilih kepada lelaki tua yang berharta dan kaya. Aduhai, nampaknya saya perlu menjadi kaya dan tua dahulu..Hahaha.
Satu lagi yang menjadi kecoh yang benar-benar menggelitik hati saya adalah berkenaan penarikan beberapa perkara di dalam kabinet kerajaan
1. Penarikan bantuan buku teks percuma bernilai RM100juta( Tiba-tiba kerajaan ada RM2.6 Billion untuk diagih kepada kawasan luar Bandar)
2. Penarikan hadiah Myvi dan sebagainya untuk penukar Mykad
3. Penarikan tambahan lauk semalam (oh, itu isu kabinet dapur sahaja,maaf)
Jadi, saya tanya kepada diri sendiri. Isu jambatan bengkok, AP, FTA, yang jauh lebih penting tidaklah terlalu panas perdebatan di kalangan ahli kabinet sendiri. Kenapakah kali ini mereka bersuara dengan lantang sehingga menyalahkan pentadbiran kementerian yang dahulu? Fikir-fikirkan..
Jadi saya undur diri buat masa ini.
P.s: Saya bukan pemandu yang berhemah, tetapi saya
Ronaldo menjaringkan dua gol dalam penampilan kedua untuk AC Milan menentang
Ma I Do A ri . Bang! (Bunyi tembakan pistol)