Wednesday, November 05, 2008

Jawapan untuk entri di bawah

Barack Obama

WASHINGTON 5 Nov. – Rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih calon Demokrat, Barack Obama semalam sebagai Presiden kulit hitam mereka yang pertama, dengan memberi beliau kemenangan bersejarah ke atas calon Republikan, John McCain. - AFP [pautan]

Selamat duduk di rumah putih!

Tuesday, November 04, 2008

Rumah putih untuk siapa?

Ihsan huhu dari Utusan

Esok merupakan hari bersejarah buat negara yang pengaruhnya sebegitu luas sekali. Jadi tidak salah jika saya sibuk mahu berkongsi kegalakan saya untuk menyentuh soal presidensi Amerika yang bakal ditentukan esok hari. Jika anda bertanya saya siapakah yang saya akan pilih jika saya warga Amerika, sudah tentu saya akan memilih mereka yang bercirikan islamik dan tidak zalim mahupun menzalimi orang lain. Zalim dan menzalimi orang lain termasuklah memfitnah dan merancang dan bersubahat dalam konspirasi tahap tinggi.

Walaubagaimanapun saya bukanlah warga Amerika seperti penasihat projek tahun akhir saya yang pulang ke kampung halamannya (mungkin dengan tujuan mahu mengundi). Beliau kata beliau tidak ambil kisah mahu mengundi kerana beliau sudah anggap New Zealand ini negara primer beliau. Mungkin beliau terpengaruh dengan kata-kata saya yang beliau patut mengundi kerana apa yang berlaku di Amerika memberi kesan kepada seluruh dunia. Jadi, pulanglah mengundi untuk kebaikan seluruh umat dunia. Mungkin saja..haha

Jadi, kalau saya diberi peluang untuk mengundi, siapa yang akan saya undi? Saya akan kata Obama. Saya akan undi Obama kerana apa? Mudah sahaja, kerana dia berkulit hitam, tetapi gerak geri dan percakapannya lebih putih daripada kulit Mc Cain. Walaubagaimanapun saya berasa kurang arif untuk saya berkata-kata dan menyentuh perihal politik Amerika kerana saya memang tidak tahu menahu akan sejarahnya dan tidaklah saya menghafal nama-nama presiden yang lepas.

Saya suka mengikuti penulis blog tenaga ini dan apa yang dapat saya simpulkan dalam tulisan beliau kali ini adalah beliau percaya dan tetap dengan pendiriannya mahu memilih seseorang yang faham dan mengambil berat akan isu tenaga dan ada cara mengatasi krisis tenaga yang menghimpit dunia ketika ini. Maka dek kerana kedua-dua calon mempunyai polisi tenaga yang kurang meyakinkan, beliau tidak mengundi langsung. Dia seorang penganalisis tenaga dan tenaga adalah perkara yang paling penting dalam memilih calon presiden.

Saya memandang ini sebagai sesuatu yang positif dalam kematangan dalam memilih. Memilih berdasarkan satu kepercayaan yang berlandaskan ilmu. Walaupun isu tenaga nampak remeh, tetapi bagi beliau, ia penting dan seorang presiden baru harus mempunyai kefahaman yang jitu dan meyakinkan. Bagi kita, pilihan kita juga nanti harus bersandarkan kefahaman dan keyakinan yang benar. Bukan dikabui oleh wang ringgit, serban, fanatik kepartian, songkok, konspirasi, gambar tindih, atau fitnah yang dibawa dari mulut ke mulut yang busuk tidak bergosok sejak dari pagi semalam.

Saya tidak sabar menunggu keputusan esok walaupun ada sang pesimis yang berkata, "alah, tukar presiden, Amerika tetap Amerika, dah tak Amerika la saing ngan budak sejid"

Sunday, November 02, 2008

Periksa dan keseimbangan

Seperti yang dijangka

Hidup ini macam peperiksaan. Tapi hidup lagi hebat dari peperiksaan. Kerana apa? Kerana pulangan tenaga yang kita curahkan ini lebih banyak lipat gandanya dari pulangan sebuah peperiksaan. Bayangkan hidup selama 60 tahun dan ganjarannya ialah hidup selama-lamanya di akhirat. Namun kehidupan di akhirat bergantung bagaimana kita hidup di dunia, sama ada hidup selama-lamanya dengan ganjaran syurga atau hidup selama-lamanya dengan seksa api neraka. Minta dijauhkan dari pilihan kedua itu.

Selesai 3 daripada 4 peperiksaan akhir membuatkan saya terfikir akan hala tuju hidup selepas ini. Saya selalu juga terfikir di dalam hati mahu menghabiskan pelajaran secepat mungkin, dan terus menjalani kehidupan yang baru. Namun begitu, saya dapat rasakan pada masa hadapan, saya akan berharap untuk belajar kembali kerana bosan dengan kerjaya. Walaubagaimanapun, hidup mesti terus dengan perjuangan. Bak kata abah, hidup ini perjuangan.

Saya geram dengan soalan semalam. Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara pemarkahan untuk kertas itu.

"Senaraikan 12 fungsi utama "bahan perisa" sepertimana yang dikelaskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika. Pada pendapat anda, 3 fungsi apakah yang paling utama bagi "bahan perisa"?" (2.5 markah)

Memang saya mahu tergelak pada mulanya melihat markah itu, 2.5 markah untuk soalan yang saya rasakan sangat lebih tinggi nilainya. Saya akui saya tidak bersedia dan tidak menghafal kesemua 12 fungsi itu. Saya tidak menghafal kesemua 12 itu kerana sudah diajar di dalam kelas bahawa hanya 3 fungsi utama itu sahaja yang penting. Ini adalah contoh soalan yang tidak memberikan pulangan yang menarik dan memberansangkan. Soalan ini adalah soalan permulaan untuk kertas itu dan saya sudah cukup kecewa untuk menjawab soalan-soalan yang lain. Apa-apa pun syukur alhamdulillah.

Saya selesai menghabiskan 3 peperiksaan dalam tempoh 4 hari dan ini sudah cukup menjadikan hidup saya dalam keadaan yang tertekan dan kesedihan. Mohon maaf kepada sesiapa yang saya terkasar bahasa dan terkasar muka. Saya tahu, dalam semua situasi kita harus memberikan senyuman dan berbicara lembut sesama manusia. Cumanya, saya benar-benar dalam keadaan tertekan dan terketat. Tinggal satu kertas sahaja untuk saya duduki iaitu pada 12/11 yang mana kertas itu adalah selama 7 jam setengah. Mudah-mudahan seminggu tempoh persediaan ini benar-benar memberi pulangan yang baik.

Bila bicara berkenaan masalah pulangan ini saya teringat konsep pulangan tenaga, EROEI, yang mengukur nisbah pulangan tenaga daripada tenaga input. Saya harap tenaga yang dicurahkan untuk peperiksaan ini bermakna dan dapat mengubah kehidupan saya yang mendatang. Lebih dari satu pun nisbahnya saya sudah cukup gembira.

Hidup bukan sekadar peperiksaan. Ramai yang kuat berusaha untuk peperiksaan dan alpa dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan kita lulus peperiksaan dan juga kehidupan ini.

P.s:
Saya mengakui teruja dengan ciri-ciri wordpress dan kerana itu terhasil sudah kembar untuk blog ini. [sini]
Nasib sudah tidak menyebelahi Liverpool hari ini. Benar, Liverpool dan nasib tidak dapat dipisahkan. Sekurang-kurangnya itulah kata-kata mereka di Soccernet. Bila menang liverpool bernasib baik, tetapi bila kalah, Liverpool memang tahi. Cait!

Tuesday, October 14, 2008

Buruas

Maaf, anda tidak dapat Datuk

Bising juga jadinya bila keraJaan Melaka menganugerahi Shah Rukh Khan dengan gelaran Datuk atas alasan mempromosi negeri Melaka melalui satu babak di dalam filem One 2 Ka 4 di A Famosa Resort pada tahun 2001. Reaksi saya macam biasalah, mempersoalkan tindakan sebegitu. Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan kenapa tidak diberi sahaja kepada mereka yang memberikan jasa yang lebih kurang sama sahaja seperti Shah Rukh Khan ini, misalnya:
  • Catherine Zeta Jones dalam filem Entrapment, sumber Lim Kit Siang
  • Jackie Chan dalam filem Police Story, saya lupa Police Story ke berapa..dah tahu, police story 3..saya peminat Jackie Chan
  • Anas Saudi dalam filem Pekan Boy, sumber dirahsiakan
Kalau ikutkan melalui kiraan bintang, kiraan bintang untuk filem Police Story 3 lebih tinggi daripada One 2 Ka 4 ( rujuk IMDb, Ging chaat goo si 3: Chiu kap ging chaat vs One 2 Ka 4) . Bagi saya, Datuk untuk Jackie Chan lebih wajar. Saya mungkin bersikap berat sebelah kerana tidak menonton filem Hindustan dan tidak meminati Shah Rukh Khan. Walaubagaimanapun, Jackie Chan mempromosikan Kuala Lumpur melalui aksi lasak yang boleh mengakibatkan kematian beliau. Bagaimana pula aksi di A Famosa itu? Setakat menari-nari baik tak payah..

Sebetulnya, gelaran Datuk harus diberikan kepada Allahyarham Ahmad iaitu ayah kepada bapa saya, Saudi bin Ahmad kerana beliau berjuang dalam usaha kemerdekaan negara. Selain itu, beliau juga merupakan seorang datuk yang baik kepada cucu-cucunya. Al-fatihah kepada beliau..

Hari ini, Seniman pula mempersoalkan isu Shah Rukh Khan ini. Jika ada di antara kita yang bising-bising akan gelaran Datuk ini, bagi saya mereka lebih layak bersuara dan saya mengalu-alukan suara atau vokal mereka (vocalizing)..
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.[pautan]

Selepas ini saya berharap akan ada suruhanjaya yang mengkaji ciri-ciri sebenar penerima gelaran-gelaran tertentu di Malaysia.

Saya untuk Datuk? Tidak mengapalah, tunggu saya dapat cucu dahulu..Kalau Dato' saya akan fikir dahulu..

Thursday, October 09, 2008

Demam ekonomi

Lengkungan Phillips

Dalam tengah-tengah kehangatan ekonomi ini. Seronok juga melayan telatah lelucon yang berkaitan ekonomi. Seperti biasa, video ini saya kongsikan selepas menontonnya dalam kelas ekonomi baru baru ini.



Suatu perkara yang saya mengesani diri saya pada pelajaran kali ini adalah sesuatu polisi ekonomi tidak mampu menggembirakan semua pihak. Perkara ini dijelaskan oleh encik pensyarah dengan menggunakan lengkungan Phillips. Contohnya, dalam menurunkan inflasi, kita harus bersedia mengurangkan pendapatan domestik kasar (GDP) dan masalah pengangguran akan berlaku. Jika kita mahu mengurangkan masalah pengangguran, masalah yang akan kita hadapi adalah kenaikan inflasi. Harus diingat, masalah ini berlaku dalam jangkamasa yang pendek. Perkara ini juga mengingatkan saya jika kita mahu berjaya untuk jangkamasa yang panjang, kita harus bersedia berkorban. Kejayaan lazimnya dibayar dengan harga sebuah pengorbanan.

Cerita tentang ekonomi polisi ini saya teringat akan laporan polis berkenaan tindakan Dr M yang menjahanamkan ekonomi negara.

Di New Zealand ini, debat berterusan sama ada mahu menaikkan kadar faedah ataupun tidak. Demam ekonomi dunia yang menyerang Amerika turut dirasa bahangnya di sini.

Interest rates should come down now - Key

Reserve Bank rules out early rate cut

Wednesday, October 08, 2008

Prinsip dan politik

[Terkini]Yang seorang lagi itu tidak akan bertanding pada pemilihan UMNO march depan. Ini membuktikan jangkaan saya salah dan saya terkejut. Asyik betul saja jangkaan saya kali ini salah apa salahnya..
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Presiden Umno Mac depan, sekali gus dijangka membuka luas gelanggang persaingan pemilihan parti kali ini.

Abdullah akan melepaskan kedua-dua jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno pada Mac depan.[pautan]
[Entri asal]
Kita disajikan dengan pelbagai berita politik yang saya fikir cukup basi untuk saya hidangkan kali ini. Namun kali ini saya tertarik mahu berkongsi sesuatu yang saya rasa menyentuh perasaan saya sebagai seorang rakyat dan manusia biasa. Saya tahu ramai yang akan mengutarakan rasa tidak puas hati kerana kelantangan dan cadangan beliau yang bertentangan dengan prinsip parti-parti politik yang tertentu. Saya masih dengan pendirian saya, menyokong sesiapa yang saya lihat memperjuangkan kebenaran, lebih dari perjuangan parti mahupun individu. Saya masih teringat bagaimana beliau pernah digelar 'bapak syaitan' oleh seorang individu yang merasakan dirinya sudah habis malaikat. Minta dijauhkan..

PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya [pautan]

Ini pula dipetik dari blog beliau

Oleh kerana isu perletakan Jawatan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis telah menjadi polemik, maka dengan ini dikeluarkan beberapa kenyataan rasmi;

  1. Isu ini diharapkan tidak dipanaskan lagi kerana beliau telah membuat keputusan dan surat beliau kepada USM untuk kembali bertugas telah pun dihantar dengan rasminya.
  2. Beliau juga berterima kasih kepada Negeri Perlis yang telah memberi peluang kepadanya sepanjang tempoh yang lepas.
  3. ‘Permainan silap mata politik’ adalah perkara yang biasa berlaku dalam negara ini, namun maksud tersebut tercapai dengan mudah kerana beliau sendiri mempunyai hasrat untuk berhenti.
  4. Terima kasih kepada Kerajaan Perlis yang lepas dan juga Pihak Istana Perlis yang selama ini memberikan ruang yang amat baik.
  5. Tanggungjawab dakwah dan seruan kepada kebenaran akan diteruskan seperti biasa.
  6. Perletakkan ini juga adalah bukti bahawa pandangan, teguran atau sokongan tidak bertujuan mendapat kedudukan dan jawatan.
  7. Beliau kemungkinan akan pergi membuat cuti penyelidikan di luar negara dalam masa yang terdekat.
  8. Ruang dakwah dan memberikan pandangan insyaAllah masih terbuka di masa hadapan dengan apa yang akan Allah permudahkan.
  9. Pandangan yang berpaksi prinsip sentiasa terpaksa membayar harganya, dan ini mungkin sebahagian daripadanya.
  10. Diharapkan mereka yang berjawatan yang sama selepas ini sentiasa memberikan pandangan untuk kebaikan imej Islam, rakyat dan negara.
  11. Beliau berdoa kepada Allah agar dalam tempoh dua tahun yang lepas semasa beliau bertugas sebagai mufti beliau telah berbuat sesuatu dalam pembinaan prinsip dan minda rakyat berasaskan kepada kefahaman dari al-Quran dan al-Sunnah.
  12. Kontrak muftinya akan tamat pada akhir Oktober 2008.
  13. Terima kasih kepada banyak pihak; rakyat dan pemimpin yang telah memberikan sokongan moral dan semngat yang begitu padu selama ini.

** Penjelasan rasmi daripada Mufti Perlis ini disediakan oleh webmaster drmaza.com
** Terima kasih.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada DrMAZA kerana telah membuka mata kalangan mereka yang benar-benar mahu mempelajari Islam dan saya ucapkan selamat menempuhi cabaran yang baru.

Saya masih tertunggu pendirian yang seorang lagi, sama ada mahu bertanding atau pun tidak pada pemilihan UMNO yang ditangguh sehingga ke bulan Mac 2009. Kenapa perlu tangguh kalau tidak mahu bertanding? Apa-apa pun jawapan akan diketahui tidak lama lagi.
Sengaja saya petik sesuatu dari Che Det,

5. It is said that on 9th October, the day before the divisions are to hold their meetings, he will announce that he will not stand for election as President of UMNO. The question is, will he announce it? I have this suspicion that he will not. If he does not it would not be surprising. He is not a man of his words.



Sunday, October 05, 2008

Cahaya penyaksian

Saya lambat mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada tetamu blog ini. Maka dengan penuh perutnya, saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada muslimin dan muslimat yang menyambutnya, tidak kira tua muda, tinggi rendah, kacak bergaya, gemuk kurus, cantik menarik tertarik, riuh sepi, bujang, teruna dara, dan apa-apa sahaja status anda buat masa ini.

Hari raya pada tahun ini masih seperti 2,3 tahun yang dahulu, tanpa keluarga menemani. Walaubagaimanapun saya tidak sepi kerana banyak acara rumah terbuka yang jika saya mahu senaraikan, tidaklah dapat saya berbuat demikian kerana terlalu banyak dan saya sudah terlupa. Apa-apapun kepada tuan rumah yang sudi menjemput saya, atau pun tidak jemput tetapi saya ada, maka saya ucapkan terima kasih kerana sudi melayan kerenah saya di rumah anda.

Tahun ini saya ada juga mencuba berbuat sesuatu di dapur. Walaubagaimanapun usaha saya itu agak mengecewakan kerana kurangnya ilmu dan kepakaran. Bila ilmu sudah diturunkan dari emak semuanya sudah terlambat kerana bahan-bahan mentah sudah pun habis digunakan.

Penulis, rakan-rakan dan saudara baru itu [gambar ihsan Selor]

Saya juga meraih pengalaman pertama membawa rakan saya memeluk Islam. Saya dan beberapa rakan yang lain membawa rakan Jerman saya ini ke masjid pada waktu Asar untuk mengisytiharkan keislaman beliau. Walaubagaimanapun Imam masjid tiada ketika itu. Maka kami bercadang membawa beliau kembali pada waktu magrib. Bukanlah syahadah/penyaksian itu wajib dibuat di masjid. Dia sudah pun mengucapkan syahadah di hadapan rakan saya sebelum ini. Cumanya penyaksian di masjid ini menjadi satu sambutan terhadap beliau dan menjadi media pemberitahuan kepada jemaah yang lain. Imam berada di masjid ketika itu dan kami dibawa ke dalam pejabatnya untuk berbincang ringkas tentang penyaksian beliau itu. Saya cukup tersentuh dengan cara Imam menjelaskan Islam seringkas yang mungkin. Ringkas tapi padat. Malahan beberapa pesanan beliau kepada rakan Jerman saya ini turut terkena kepada kami yang dilahirkan Islam ini. Kemudian, rakan Jerman saya ini dibawa ke ruang solat masjid dan dia melafazkan syahadah/penyaksiannya di hadapan kami dan jemaah-jemaah yang lain. Sungguh saya tersentuh ketika itu. Jemaah yang hadir berpelukan menyambut kedatangan seorang saudara baru. Dia kemudian dijamu dengan makanan yang kebetulan di masak dan saya turut sama tumpang sekaki. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya, tetapi bagi saya, saya yang seharusnya berterima kasih kepada beliau kerana selama ini saya merasakan saya mengambil Islam kerana saya dilahirkan Islam. Dia mengingatkan saya pada diri saya sendiri, sebagai seorang muslim. Saya sedar bahawa pencarian mencari kebenaran ini sukar, dan orang-orang yang benar-benar berusaha dan ditunjukkan oleh Tuhan akan menjumpainya.



Tanggungjawab membimbing beliau kini jatuh di tangan rakan-rakan muslim di sini. Sama-samalah kita bantu dan bimbing beliau dalam mengharungi hidup sebagai seorang muslim. Usahlah dipersoalkan mengapa dia masuk Islam. Serahkan urusan ini kepada Tuhan, yang menunjuki jalan ke arah penyaksian ini. Tanggungjawab kita hanya membimbing dan menasihati seadanya.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana sahabat saya sudah selamat sampai di Pekan. Saya tidak dapat berbual dengan beliau kerana talian telefon tidak dapat dicapai atau mungkin dia sudah menukar nombor baru. Walaubagaimanapun, diberitakan bahawa dia trauma akan kejadian itu.

KUALA LUMPUR: Pengalaman menakutkan sepanjang menjadi tahanan lanun bersenjata tetap segar dalam ingatan jurutera kelima kapal Bunga Melati 5, Mohd Firdaus Zainuddin, 23, yang masih mengalami trauma walaupun sudah hampir seminggu dibebaskan. [pautan]

Seorang lagi rakan, Tarmizie@Laloq kini berada di dalam Unit Rawatan Kecemasan kerana kemalangan. Saya tidak mengetahui maklumat yang terperinci, tetapi doakan dia untuk kembali pulih.

Tuesday, September 30, 2008

Bebas

Alhamdulillah,
Tebusan Melati 2 sudah dibebaskan

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Harapan 29 lagi anak kapal warga Malaysia yang dijadikan tebusan sejak 42 hari lalu menyertai rakan-rakan mereka untuk berhari raya bersama ahli keluarga masing-masing tercapai apabila lanun bersenjata Somalia membebaskan kapal MT Bunga Melati 2, pagi ini.[pautan]

Gembira!

Sunday, September 28, 2008

Wayang


Ramadan bakal meninggalkan saya, dia, awak, mereka dan kami. Terdetik di dalam hati adakah segala kebaikan yang dilakukan hanya bersandarkan pada bulan ramadan?. Adakah kita sekadar berlakon dengan watak alim dan warak hanya pada bulan ini? Atau dengan erti kata lain adakah kita bermain wayang?

Mohon doa agar segala amalan diterima, diampun, dan dilepaskan dari api neraka. Mohon juga agar kita tidak bermain wayang, kerana sesungguhnya kita adalah muslim sepenuh masa, bukan separuh masa, sesuku masa, mahupun setiga suku masa.

Kita selalu bising-bising akan ahli-ahli politik yang bermain wayang dan berlakon bagi meraih simpati pengundi. Namun, usah dilupakan diri sendiri. Adakah kita bermain wayang dengan Tuhan?
Mohon dijauhkan..

P.s:
1. Dengan izin Tuhan, ini adalah ramadan terakhir saya.. Ramadan terakhir di sini, Christchurch. Pertama ramadan saya di sini saya sudah tempuhi, dengan perasaan rindu pada keluarga di sana. Ramadan terakhir ini di sini hampir habis saya tempuhi, masih dengan perasaan rindu pada keluarga di sana, si dia, dan saya juga tahu, saya akan rindu pada pada rakan-rakan di sini yang bakal saya tinggalkan nanti....

2. Melati 5 sudah dibebaskan. Doakan Melati 2 menyusul selepas ini. Moga-moga semua sempat beraya bersama keluarga, bukan bersama lanun-lanun nun jauh di sana... [bersalah]

3. Alhamdulillah, atas segala ujian dan kesukaran yang kita tempuhi. Contohi Abg Dol ini, hilang anak, hilang bini, hilang ibu, ucapan Alhamdulillah segar meniti di bibir.

Monday, September 22, 2008

Tiada lagi kejutan


Sudah sudahlah dengan terkejut. Tiada apa lagi yang harus dikejutkan, melainkan kejutkan tidurku. Begitulah monolog dalaman seorang pembaca blog ini.

Ya,setuju benar saya dengan diri saya sendiri.

Ramadan dan malam-malam terakhirnya mengajar kita supaya sentiasa berjaga-jaga supaya tidaklah kita menjadi manusia yang rugi.

Terasa pantas benar masa berlalu. Pertama ramadan sehinggalah hampir ke penghujungnya dirasakan seolah-olah sepantas kerdipan mata. Namun, itu tidak mengejutkan saya kerana memang lumrah manusia begitu. Mungkin kerana saya tidak menggunakan masa sebaiknya dan membuangnya sebegitu saja, maka saya rasakan masa pantas meninggalkan tanpa sempat saya mengejarnya kembali.

Ampunkan aku ya Tuhan..

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (PBUH) said, "Whosoever performs Qiyam during Lailat-ul-Qadr (Night of Decree), with Faith and being hopeful of Allah's reward, will have his former sins forgiven.''

[Al-Bukhari and Muslim]

Saturday, September 20, 2008

Bersalah

Saya rasa bersalah kerana tidak ambil pusing akan perihal kejadian penculikan anak kapal yang berlaku di Teluk Aden baru-baru ini. Saya sekadar membaca berita itu tanpa sebarang perasaan yang terkesan. Sehinggalah saya mendapat tahu bahawa rakan baik saya sejak dari zaman sekolah menengah turut berada di dalam situasi getir itu. Firdaus Zainudin@Yus adalah teman sebilik ketika di asrama SMK Seri Pekan. Rakan yang mana saya belajar erti menjadi sengal juga belajar menjadi lawak sedikit-sedikit.

Saya teringat kali terakhir kami berjumpa iaitu di gerai makanan di Pekan pada suatu malam yang saya tidak ingat hari dan tarikhnya. Kami makan-makan dan berbual akan perancangan masa depan. Saya masih ingat saya memesan char kuey teow, lazat dan murah. Saya juga teringat bagaimana bersemangatnya si Yus ini mahu meneruskan karier di dalam bidang pelayaran atau perkapalan ini. Saya ketika itu mendoakan kejayaannya.

Berita penglibatan Yus amat mengejutkan saya. Saya sepatutnya lebih peka kerana saya tahu Yus terlibat dalam pelayaran sejak dua tahun lalu. Saya sepatutnya memastikan namanya tidak ada di dalam senarai yang ditahan sebagai tebusan. Tetapi saya ini kawan yang tidak boleh pakai. Mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa maka saya lupa akan sahabat lama saya ini.

Tiada apa yang saya dapat lakukan melainkan memanjatkan doa kepada Tuhan agar diselamatkan semua yang berada di dalam tahanan lanun-lanun itu. Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Lebih-lebih lagi dalam suasana ramadan dan aidilfitri yang bakal mengunjungi kita. Saya benar-benar mendoakan keselamatan mereka.

P.s: Kadang-kadang kita tidak merasai sesuatu perkara sebagai penting sehinggalah batang hidung kita sendiri yang merasainya. Sama-samalah kita berdoa..

Saya harap berita ini benar (dari Utusan), dan Yus sebenarnya tiada dalam senarai itu..

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Senarai nama krew MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times semalam adalah salah dan tidak dikeluarkan oleh MISC Berhad, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shamsul Azhar Abbas.[pautan]

Wednesday, September 17, 2008

Tidak terkejut


Eh, semalam sudah 16 September kan?

Eh, mana kerajaan baru?

Eh, dah dapat lebih 31 kerusi

Pakatan Rakyat mengumumkan sasaran membentuk kerajaan baru 16 September - sempena pembentukan Malaysia pada 1 April lalu - selepas pilihan raya umum 8 Mac.

Pada sidang media hari ini, sebagaimana dikatakan malam tadi dan beberapa kali sebelum ini, Anwar mengulangi mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Kata beliau, Pakatan Rakyat mempunyai lebih daripada 31 Ahli Parlimen tambahan - daripada BN yang diperlukan bagi mencapai sasaran mereka. [pautan]


Eh, mungkin 20 September kot..

Eh, masih lagi kuat?
PUTRAJAYA: Setelah pembangkang gagal untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara hari ini seperti yang digembar-gemburkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan yang ada teguh dan masih meneruskan tugas, peranan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.[pautan]

Eh, dah letak jawatan? Eh, pujukan tak berjaya? Eh, dia ni ke yang nak lompat macam katak masuk parti lompat cap katak katak yang adil?

PUTRAJAYA: Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun diminta oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkannya semula.[pautan]

Semua tak boleh pakai...

Saturday, September 13, 2008

Lagi lagi terkejut

Tiga orang ditahan di bawah ISA. WAH!!!

1. RPK
2. THC
3. TK

Jangan bimbang, penangkapan mereka kerana alasan konkrit. Oh, Malaysiaku...

Friday, September 12, 2008

Terkejut!

Saya mahu berkongsi sesuatu yang mengejutkan saya. Saya terkejut kerana PM terkejut. Secara jujur saya lebih terkejut dengan peristiwa yang dianggap perkauman baru-baru ini. Peristiwa di mana seorang ahli UMNO digantung keahlian selama 3 tahun [pautan]. Saya melihat 3 tahun itu sebagai sesuatu yang mengejutkan saya. Sudah digembar gemburkan oleh pakatan rakyat bahawa mereka akan mengambil alih kerajaan pada 16 September ini, maka jika ia benar saya rasa 3 tahun itu tidak mendatangkan apa-apa kesan. Boleh jadi UMNO ketika itu sudah pupus dek kerana kehilangan ahli secara beramai-ramai tanda protes . Saya enggan ulas lagi kerana saya bukannya baik sangat, dan saya tidak beranggapan saya 100% tidak perkauman. Cuma, saya berani jamin kepada anda saya ada 100% sifat toleransi. Toleransi perkauman lebih realistik bagi saya berbanding integrasi perkauman.

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui pada 2010.

Perdana Menteri menegaskan, tarikh peralihan itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) UMNO.[pautan]

Saya kongsikan video yang menunjukkan betapa terkejutnya PM kerana kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang mahukan peralihan kuasa lebih awal daripada yang dirangkakan. Saya terkejut kerana PM terkejut. Tidakkah beliau tahu di atmosfera maya ini, sudah begitu ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian terhadap kepimpinan beliau. Ini jelas kelihatan dengan bercambahnya bilangan laman blog yang tegas mengkritik dan menyuarakan kenyataan yang tidak selari dengan pucuk pimpinan tertinggi.

Secara jujur lagi, saya lebih terkejut dengan jawapan dari PM. Seolah-olah begitu marah. Saksikan sendiri.



Saya juga ingin berkongsi video Barack Obama, calon Presiden Demokrat yang saya lebih teruja dalam menjelaskan isu meletakkan gincu pada babi. Saya percaya jika perkataan babi digunakan di Malaysia, maka isu perkauman akan dibangkitkan. Kita boleh dituduh perkauman, tetapi kita tidak boleh menuduh orang lain perkauman, hanya kerana mereka menuduh kita dahulu. Semakin kita bicara soal perkauman, semakin kita bicara mahu menyatukan semua bangsa sebagai bangsa Malaysia, semakin kita jauh darinya. Pernah terfikir kenapa?



Sampai di sini sahaja. Saya tertunggu-tunggu 16 September ini. Saya mahu anda buktikan yang saya salah. Eh, mungkin pada 20 Septembar? Pulak dahh..

Tuesday, September 09, 2008

Istimewa

Hari ini saya berkeliaran di perpustakaan kejuruteraan dengan niat mengulangkaji makro ekonomi. Mata saya tertarik pada muka depan surat khabar yang ada berkaitan dengan ekonomi. Sesuatu yang dahulunya saya berminat untuk melabur, iaitu industri perumahan atau estet tulen/sebenar. Kejatuhan harga rumah yang dapat dilihat di rata-rata kawasan New Zealand menjadi petanda bahawa tiada industri yang selamat dan tanpa sebarang risiko. Namun, ini bukan cerita yang ingin saya ketengahkan. Sebaliknya yang ingin saya ketengahkan adalah seperti di tengah. Eh, seperti di bawah.

Bersama-sama cerita seperti di atas, ada satu ruangan yang menceritakan perihal anak yang tidak berayah sehingga hampir 55 tahun beranggapan ayahnya itu sudah tiada di dunia. Bukan sahaja begitu, apabila ayahnya diketahui masih hidup, dikatakan pula bahawa ayahnya itu tidak mahu mengambil tahu akan anaknya itu. Sedangkan yang sebenarnya, si ayah benar-benar mencari dan merindui anak lelakinya itu. Dengan izin saya petik beberapa keratan berita itu di dalam bahasa Inggeris kerana saya malas mahu terjemahkannya. Anda baca sendiri kemudian ceritakan kepada saudara mara anda ya.



For 30 years, he believed his father was dead trampled by a horse, he was told.

Then, he found out his father was alive but he was told not to go looking for him because his dad did not want to know him.

The truth was, that for all of the 55 years of Roger Southgate-Croy's life, his English father, Norman, was searching for his boy.

Finally, on Wednesday, Roger Southgate-Croy will fly from Christchurch to Wickford, in Essex, England, to meet his dad.

"He never stopped looking. He never, ever stopped looking," Roger Southgate-Croy said of his father, Norman Southgate.

"This morning on Facebook he was saying he can't sleep at night because he's getting so excited about meeting me."

Southgate-Croy arrived in New Zealand with his mother in 1959. His name was changed by deed poll a change that was vital for Norman Southgate as he searched for his son for more than half a century....baca seterusnya,ikut pautan--------> [pautan]

Hati perut saya yang kecil kerana berpuasa ini terdetik bahawa ada sesetengah kita yang ada ibu dan bapa tetapi tidak pernah menghargai mereka. Harap-harap anda,dia,mereka,keluarga mereka dan saya tidak tergolong dalam golongan ini. Maka saya berharap agar kita sama-sama menghargai ibu dan bapa kita.
Abu Huraira reported that a person said: Allah's Messenger, who amongst the people is most deserving of my good treatment? He said: Your mother, again your mother, again your mother, then your father, then your nearest relatives according to the order (of nearness).

Bulan ramadan dan kesabaran adalah umpama entiti yang lengkap melengkapi antara satu sama lain. Jika tidak sabar menahan lapar, maka kita akan berbuka puasa. Jika tidak 'tahan' melihat isteri, maka kita akan membatalkan puasa. Jika tidak dapat bersabar dari berkata belakang, marah-marah atau sebagainya, maka kita hanya akan sekadar mendapat lapar dan dahaga. Maka, siapa-siapa yang diuji pada bulan ini, banyakkan bersabar. Sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar...

Friday, September 05, 2008

Sentuh

Manusia seperti saya tidak lari dari melakukan dosa dan kesilapan. Bukan setakat kesilapan malah kesisembilan mahupun lebih dari sembilan. Berapa ramaikah di antara kita yang membuat kesalahan yang sama berulang-ulang kali dan seterusnya beranggapan Tuhan telah menutup peluang bertaubat?
Hadis di bawah benar-benar menusuk hati.

Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Mudah-mudahan kita mendapat keampunan dariNya.

Untuk kupasan yang lebih mantap dan mapan, lawati DrMAZA

Wednesday, September 03, 2008

Syaitan ramadhan

Kita mendengar bahawasanya syaitan laknatullah dirantai apabila tibanya ramadan. Maka setiap kesalahan adalah bersandarkan nafsu yang gagal dikawal oleh diri sendiri. Tidak kira bahawa nafsu makan, nafsu amarah, ataupun nafsu seks.

Bersandarkan kejadian yang berlaku terhadap seorang ketua pemuda Umno ini, maka saya kecewa dan kasihan dengan orang yang gagal menjadikan ramadan ini sebagai penyejuk amarah.

KOTA BHARU 3 Sept. – Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, di perkarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini. [pautan]

Mujur lelaki itu tidak dikenali muslimkah, cinakah, indiakah. Jika dia beragama Islam dan berpuasa, ingin saya katakan bahawa anda patut berbuka dengan asid itu juga



Rasululah s. a. w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari

Sunday, August 31, 2008

Puasa dan merdeka

Untuk entri merdeka, saya sekadar petik entri dua tahun lepas tatkala senario negara tidak seperti sekarang..

Memilih untuk menjadi patriotik atau tidak adalah pilihan individu. Memilih untuk menghargai kebebasan dan kemerdekaan juga adalah pilihan individu. Di sini saya memilih untuk menjadi patriotik. Maka dengan lafaz patriotiknya saya mengucapkan selamat hari kebangsaan Malaysia!!

Cukupkah sekadar menulis melambangkan nilai dan harga patriotisme itu sendiri?
Cukupkah sekadar melaung-laungkan kebebasan lantas mencerminkan jati diri?
Cukupkah sekadar berpantomim?(haha)
Cukupkah sekadar mengenal sejarah tanpa menghayatinya?

Umum rata-rata sudah amat matang untuk menilai jawapan bagi persoalan di atas. Mengapa hari kebangsaan? Tidak hari kemerdekaan? Pernahkah kita merdeka? Atau pernahkah kita dijajah?
(Kena belajar sejarah semula, mengkaji apa sebenarnya yang terjadi)
Siapa berminat lawati ini

Sebelum saya sudahi entri sempena 31 Ogos ini, saya tempekkan sajak dari sasterawan tersohor negara kita, A Samad Said berjudul Hidup Bersama;


HIDUP BERSAMA

" Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

" Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan tofan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."

A Samad Said
Selamat berpuasa kepada keluarga, si dia, rakan taulan dan seluruh umat islam di serata dunia. Ampun maaf dipinta.

Salam

Wednesday, August 27, 2008

Lawak



APA macam bro!







Bila mana saya bicarakan sesuatu itu lawak, saya benar-benar serius menyatakan sedemikian.

PEKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinannya bahawa calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah mampu memenangi pilihan raya kecil Parlimen itu, Selasa ini.[pautan]
Keputusan adalah sangat saya jangkakan. Kemenangan kepada PKR dengan majoriti bertambah-tambah. Hahahahaha..

(ANALISIS): "Kita Menang, We Won". Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi.

Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) : 31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi [pautan]
Bila sudah kalah, begini pula katanya

‘‘Kita jangkakan dapat kurangkan majoriti Anwar, tapi nampaknya faktor sentimen masih kuat di Permatang Pauh kerana ini kubu kuatnya,” katanya.

Mengenai isu liwat melibatkan Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh.[pautan]


Lawak-lawak, isu liwat relevan di mana-mana, melainkan kalau orang memang dah tak suka, bawa isu apa pun orang tidak peduli. Harus diingat, pilihanraya bukan mahkamah yang menentukan seseorang itu salah atau tidak. Ia sekadar suara rakyat, sama ada menyokong calon atau parti, atau tidak sukakan calon atau parti yang satu lagi [pautannya adalah saya]
Apa-apa pun lawak hari ini kurang rencahnya kerana tiada pula hantu yang disalahkan, mahupun konspirasi-konspirasi yang berkaitan. Cuma, demokrasi segar yang dipersalahkan.

Tahniah pada yang menang, dengar cerita nak bersumpah. Cumanya sumpah di parlimen (yang ini pun jenaka juga). Tidak mengapa, majlis fatwa dah kata lain pula, lepas bicara nanti sumpah mubahalah ya.

KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. [pautan]

Ada yang suka, ada juga yang tidak suka dengan kemenangan PKR ini, saya cuma bersifat neutral dan berserah kepadaNya. Lagipun bulan puasa tinggal beberapa hari saja lagi. Lebih baik saya bersumpah untuk meningkatkan amalan sejajar dengan tuntutan syarie.

Terima kasih Permatang Pauh, anda menyajikan saya dengan jenaka yang tak kunjung sudah...

P.s: Tahukah anda asal nama daerah Pekan? Lawati laman digitalnya di sini. Kepada awak, nanti ceritakan pada asal nama Temerloh ya.

Monday, August 25, 2008

Sumpah saya kecewa

Saya pasti dan saya setuju jika ingin dikatakan bahawa kehangatan isu sumpah benar-benar mengisi atmosfera perbualan, diskusi, polemik dan perdebatan. Secara jujur, pada mulanya saya melihat cadangan untuk bersumpah mubahalah ini adalah suatu tindakan yang positif. Namun begitu, setelah melihat bagaimana isu sumpah ini dipolitik dan dikonspirasi, saya sudah tidak dapat menahan rasa kecewa lagi.

Sumpah mubahalah ini menjadi sensasi bila mana mufti perlis mengutarakan cadangan untuk bermubahalah bagi membersihkan nama pihak yang tertuduh. Cadangan ini nampak goyah kerana bagi sesetengah pihak, mengapa perlu orang yang tertuduh bersumpah, bukankah sebenar-benarnya orang yang menuduh harus mengemukakan bukti-bukti terhadap tuduhannya.Ya, saya setuju benar dengan penjelasan itu. Tetapi bagaimana pula anda menjawab terhadap tuduhan konspirasi, konspirasi dan konspirasi. Perkataan yang paling kerap disebutkan untuk mempertahankan diri adalah konspirasi. Bukan konspirasi biasa, malah konspirasi tahap tinggi.

Bilamana perkataan konspirasi digunakan. Maka keadilan mahkamah dan integriti polis sudah pasti dipersoalkan dan diragui. Oleh yang demikian, apa pun keputusan mahkamah dan siasatan polis, keputusan itu sudah 'ditetapkan' dan pihak yang tertuduh sudah pasti dijatuhkan hukuman bersalah, walaupun tidak. Kerana inilah cadangan bersumpah laknat ini dicadangkan. Jika keadilan dari mahkamah duniawi tidak dapat dikecapi, maka bersumpahlah dengan bersaksikan yang Maha Esa.

"Ia bukan proses mahkamah. Tidak perlu hakim, tidak perlu wang dan tidak perlu junjung al-Quran. Saya cadangkan ketika keadaan begitu kelam kabut, ada yang kata mahkamah tidak boleh dipercayai, ada kata konspirasi, ada kata benar, ada kata rancangan jahat dan berbagai-bagai. Rakyat bertelingkah, keadaan seakan gawat, masa depan dipertaruhkan dalam isu yang sedemikian rupa. Sama saja, samada kes liwat atau Atantuya." [pautan dari Dr MAZA]


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.[pautan]

Saya pada mulanya beranggapan bahawa cadangan ini merupakan suatu yang ada benarnya, ada logiknya. Namun begitu, ia tidak semudah yang saya sangkakan. Rentetan sumpah daripada Saiful Bukhari selaku pihak yang menuduh, pelbagai reaksi dan pendapat yang bertukar menjadi 'fatwa-fatwa' politik dan seterusnya menjadi 'anutan' pengikut-pengikut yang berpaksikan kepartian dan bukan kebenaran. Sumpah yang sampah, bak kata mereka. Dipersoalkan kenapa harus memegang al-Quran, kenapa salah menyebut tarikh (26/8 sepatutnya 26/6), kenapa salah menyebut ungkapan watallahi, kenapa nak libatkan keturunan, dan bermacam-macam lagi. [pautan video sumpah saiful boleh dicari di Youtube, dengan syarat berniat ikhlas dan beramal soleh,hehe]

Menjadi satu teka-teki adalah keengganan tertuduh untuk bersumpah kerana katanya ada ulama-ulama yang menasihatkan supaya tidak terikut-ikut rentak sumpah-menyumpah ini. Jika perkara ini beliau lakukan ikhlas demi agama, demi mengelakkan agama ditertawakan, maka saya menyanjunginya. Jika ini dilakukan kerana kepentingan diri, maka saya sumpah dirinya. Menarik juga jika saya tampilkan di sini, bahawa pihak PAS pernah menggesa pengerusi SPR melalui proses mubahalah, bersumpah bahawa dia tidak pernah menipu dalam proses pilihanraya.

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bersumpah dengan kalimah "waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi" di Masjid Negara bahawa beliau tidak pernah melakukan sebarang penipuan di dalam pilihan raya...[pautan dari Harakah]
Saya beranggapan ini adalah 'double standard' dalam berpolitik. Apa kata mereka dalam hal ini pula? Tidakkah perlu pengerusi SPR mengemukakan saksi-saksi? Usahlah menjadikan isu sumpah ini suatu yang menjadi jalan mudah untuk melepaskan diri. Kita masih ada sistem kehakiman dan proses perundangan sendiri. Ah, saya lupa, negara ini penuh konspirasi. Bukan konspirasi biasa, malah konspirasi tahap tinggi.
"Kalau setiap kali berlaku pendakwaan, pendakwa dan yang didakwa perlu bersumpah mahkamah Islam pasti akan jadi bahan tawa orang lain. Pendakwaan tidak akan sabit dengan sumpah. Sumpah hanya untuk tertuduh membersihkan diri setelah proses meneliti bukti yang didatangkan menemui jalan buntu. Dalam kes pemuda berani ini sebenarnya sumpah yang dilakukan adalah amat ganjil; dia yang mendakwa dan dia yang bersumpah. Apa nilai sumpah sebegini dalam pendakwaan? Kosong dan tidak mensabitkan apa-apa. Kerja sia-sia (saya baik sikit dari orang lain yang kata kerja bodoh)"[pautan]
Malah, pihak yang mencadangkan sumpah ini turut dituduh berkonspirasi terhadap yang tertuduh dalam kes liwat ini.
"Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI. Demi sesungguhnya tidak! Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan."[pautan dari Dr MAZA]

Saya melihat perkara ini sebagai rakyat biasa yang inginkan kebenaran. Jauh di sudut hati saya mahukan keadilan kepada semua yang ada di muka bumi ini. Tidak kira sesiapa, dia wajar mendapat pengadilan yang sewajarnya tanpa sebarang gangguan pihak yang berkepentingan. Namun, tuduh-menuduh, sumpah menyumpah, serang menyerang tidak akan membawa Malaysia ke arah yang lebih maju, malahan semakin mundur, khususnya dari segi moraliti dan pemikiran.

Saya tertawa sendirian bilamana sumpah Saiful ini diikuti pula oleh sumpah Timbalan Perdana Menteri dalam cubaan menyisihkan diri dari kontroversi Altantuya. Adakah kontroversi Altantuya ini satu lagi konspirasi tahap tinggi? Kali ini ciptaan siapa pula ya?
Tidak cukup dengan itu, saya disajikan lagi dengan bahan jenaka yang seterusnya, iaitu Statutory Declaration (SD) yang mengatakan Timbalan Perdana Menteri adalah seorang yang dilahirkan muslim tetapi mengamalkan ajaran Hindu [pautan].

Saya tertunggu-tunggu apakah respon ulama' terhadap ini. Oh, saya lupa SD ini bukan sumpah mubahalah. Apa nak jadi dengan budaya politik ini. Politik menyelamatkan diri sendiri. Politik meliwat, bersumpah, berpuak-puak, dan bertopengkan kasih sayang kepada rakyat.

Ah, saya tertawa lagi. Kali ini dengan 'pengakuan' imam yang tiba-tiba melonjak populariti dek kerana sumpah, imam Masjid Wilayah. [lihat pautan jika mahu menonton imam ini bicara]

PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, yang menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan di sini malam tadi sebagai bukti terbaru wujudnya konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau.

Di KUALA LUMPUR, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh pada sidang media sebentar tadi berkata, beliau sangsi dengan kredibiliti Ramlang yang mengeluarkan fatwa atau bercakap mengenai sesuatu tanpa merujuk kepada kitab.

Beliau menjelaskan, sumpah dibuat Saiful adalah sah di sisi Islam.[pautan]

Kalau perkara ini boleh dijadikan bukti, maka sangat rendahlah konspirasi yang di war-warkan sebagai konspirasi tahap tinggi itu.

Saya mengucapkan selamat mengundi kepada penduduk Permatang Pauh.

Sekian.


Wednesday, August 13, 2008

Kenapa Georgia kenapa?






Antara bedilan meriam dan bunga api olimpik, mana yang lebih menarik? Cap Kapak tetap terbaek


Kenapa ada golongan manusia yang memilih untuk berperang dan mengorbankan rakyat jelata?
Persoalan ini timbul dalam kotak pemikiran saya bilamana dikejutkan dengan berita serangan Rusia ke atas Georgia.

Saya tidak berapa arif tentang punca peperangan ini. Namun, peperangan adalah tidak wajar sama sekali tanpa sebab yang benar-benar kukuh dan suci.Namun, menarik juga jika kita dengar pihak mana yang dituduh bersalah.

1. Georgia sendiri
2. Russia sendiri
3. Eh, Bush pun bersalah?
4. Di mana nasi?



Kenapa Georgia, kenapa??



Berkawankan lebih baik...

Saya teringat kata-kata pensyarah bioproses saya, Encik Gabi bahawa antara industri yang paling pesat adalah industri farmasi dan perubatan. Kenapa? Kerana mereka mendapat permintaan yang tinggi selepas sesuatu peperangan itu berlaku. Jadi sekarang ada pesalah yang baru?

5.Pemilik farmasi dan penjual ubat minyak angin cap kapak.

Pokoknya, jika kita teliti senarai nombor satu hingga lima, ada satu persamaan antara mereka. Persamaan itu adalah mereka itu semua manusia. Daunnya, peperangan tercetus kerana manusia, bukan kerana ubat-ubatan, minyak, nasi, mahupun minyak cap kapak.

Salam dari Christchurch, NZ.

P.S: Choong Han hebat hanya sementara, ibarat kehebatan sementara penggabungan Goku dan Bezita yakni Gogeta

Monday, August 11, 2008

Teka teki


Apa yang naik seperti kelajuan roket, dan jatuh seperti kelajuan bulu?

Tidak kisahlah bulu ayam, bulu burung, bulu kucing atau apa-apa bulu sekalipun.

Jawapannya
Harga minyak

Kenapa begitu? Salah siapa? Apa penyelesaian?
Lihat pautan ini


Apa yang dulu ada berbilion bulat, sekarang dah tak banyak bulat?

Jawapanya
Mata wang zimbabwe (mata wang zimbabwe tidak seperti mata manusia, boleh melihat dan mengintai)

Kenapa begitu? Salah siapa? Apa penyelesaiannya?
Lihat pautan itu -------------------------------------------------> itu

Thursday, August 07, 2008

Tumpuan


Tumpuan tertumpu pada

1. Liwat meliwat [pautan]

2. Olimpik Beijing 2008 [pautan bersepah, google sahaja]

3. Laporan salah laku PM [pautan]

4. Seribu tong sesaat [pautan]

5. Sesi persiapan Liverpool [pautan]

6. Penangkapan encik Bakaq [tiada pautan, ada tapi carilah sendiri]

7. Masih Zimbabwe [pautan]

8. Pilihanraya Permatang Pauh [pautan]

9. Negara dalam bahaya yang dalam [pautan]

10. Terbalikkan jalur gemilang. sobs... [pautan]

Tumpuan bukan dalam tertib, masakan saya suka liwat meliwat. Sekadar berkongsi cerita yang mungkin anda semua gembira mendengarnya. Atau meluwat, meliwat mendengarnya

Saya marah!

Tuesday, July 29, 2008

Bukan Inggeris


Jadi inilah dia yang dikatakan oleh Benitez sebagai 'bercakap bahasa Inggeris dengan baik tetapi bukan Inggeris'

Apa apa pun

Selamat berjaya

Saturday, July 26, 2008

Coret sikit


Muzakarah UMNO PAS, satu perkara yang saya ragui.

Ragu-ragu saya benar kerana ia bukan muzakarah, tapi muqabalah. Apa-apalah

Mula-mula saya ingat muqabalah itu macam mubahalah, lebih kurang saja bunyinya. Rupanya tidak.

Anda tahu apa itu muqabalah?

Apa beza muzakarah dan muqabalah?

Saya tak peduli, kalau setakat berlawan kepandaian bahasa arab baik tak payah.

Pertemuan antara PIBG dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang ini muqabalah ke muzakarah ?

Apa-apalah

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan senang nak jumpa orang macam ni. Maksud saya bukan orang biasa, tapi politikus. Menolak sokongan kerana kesetiaan. Tidak mengapa, janji selamat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Eh, tak dapat naik mercedes?

Naik Perdana sudeyh.

Pendapat saya?

Saya memilih untuk tidak bising kerana Perdana dan Mercedes dua-dua tidak mesra alam. Dua dua berkuasa tinggi dan menggunakan kapasiti minyak yang tinggi.

Jawapan saya, naik kancil je la YB semua. Selamat YB naik kancil. tak percaya tengok gambar bawah, boleh jadi robot.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak tau siapa buat kopi paling sedap?

Khairy tahu jawapannya
.

Baik punye!

Thursday, July 24, 2008

Kisah minyak

Kebergantungan kepada minyak benar-benar membuatkan kita tersepit. Perkara ini dapat dibuktikan dengan perubahan-perubahan yang berlaku sama ada pada peringkat individu, masyarakat, negara dan juga seluruh dunia. Kewajaran mengubah kebergantungan kepada minyak, yang sumbernya tidak dapat diperbaharui, wajar diberikan perhatian yang serius.

Ada beberapa pilihan bagi menangani masalah yang berlaku pada skala dunia ini. Pilihan ini boleh jadi bersikap pasif, aktif, retrospektif mahupun agresif. Pilihan-pilihan ini adalah sekadar cadangan dan keberkesannya adalah tidak dapat dibuktikan pada skala realiti dan praktikaliti. Pilihan-pilihan ini sekadar bersandarkan teori dan dengan harapan semuanya berjalan lancar pada skala keberkesanan 100%.

Pilihan pertama adalah membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Usah pedulikan tentang segala-segala yang digemburkan pihak media. Bersikap pesimis benar-benar menjadi jawapan kepada segala perkara. Namun begitu, untuk membuat tidak tahu adalah sesuatu yang tidak realistik. Hal ini bermaksud meneruskan pembelian petrol pada kadar yang sama walaupun harganya meningkat. Hal ini jelas melanggar hukum ekonomi berkaitan permintaan dan harga. Harga naik, maka permintaan turun. Jelas, pilihan yang lebih baik bukanlah membiarkan sahaja ia menekan kita, sebaliknya mengubah gaya hidup supaya kuantiti minyak yang digunakan berkurangan.

Mengurangkan kadar penggunaan bermakna mengurangkan sedikit kebergantungan terhadap petrol. Secara tidak langsung juga menjadikan kita lebih mesra kepada alam sekitar. Kurangnya penggunaan kereta, berkuranganlah asap-asap pencemar menodai udara persekitaran. Langkah ini cumalah reaksi terhadap kenaikan harga minyak pada skala individu. Pasti ramai yang melenting jika disentuh akan tanggungjawab merubah cara hidup ini. Kerana keengganan merubah cara hidup, maka kebanyakan menolak tanggungjawab kepada pihak yang lain. Dipersoalkan pula kenapa pihak yang berada di atas sana tidak mengubah cara hidup. Benar, perkara ini berlaku, tetapi ia bukan alasan mutlak dan tidak pula menghalang diri sendiri dari berubah. Lihat, ada yang menaiki kereta kecil golf sebagai menggantikan kereta biasa.

Jika dilihat dari sudut penggunaan yang terlampau, maka kaedah untuk menyelesaikannya adalah dengan mengurangkan penggunaan daripada penggunaan terlampau kepada penggunaan yang sekadarnya. Walaubagaimanapun, manusia ini tidak semuanya sama. Ada yang lihat dari perspektif yang berbeza. Perspektif itu adalah dari melihat sudut pengeluaran. Di luar sana, ada yang berteriak supaya diselongkar segala-gala yang ada di dalam perut bumi ini bagi menurunkan sedikit bebanan yang mereka rasai ketika ini. Mereka percaya masih banyak lagi sumber yang belum diteroka dan wajib diteroka sekarang, walau dengan cara apa sekalipun. Oleh kerana itulah cadangan menggali perut bumi Amerika yakni di Alaska dianggap mampu mengatasi krisis yang dialami ketika ini. Harus diingat perkara ini sememangnya ditentang oleh aktivis-aktivis alam sekitar dan mereka yang percaya minyak yang ada harus disimpan untuk suatu ketika yang benar-benar perlu sahaja. Harus diingat juga, Bush sentiasa menyokong usaha meneroka ini walaupun kawasan itu adalah kawasan lindungan hidupan liar Alaska.

Sekadar ini sahaja ulasan saya berkenaan kenaikan harga minyak dunia buat masa ini. Topik ini adalah terlalu panjang untuk dibincangkan dan saya juga kekurangan ilmu dalam bidang ini. Jika ada masa dan ketika, penghasilan cerita-cerita minyak yang menarik akan saya bentangkan di kemudian hari.

Perbincangan di lain hari
  • Sumber yang boleh diperbaharui, gimik atau realiti?

Wednesday, July 23, 2008

Gelaran

Saya rasa saya sudah tidak sabar mempunyai gelaran yang baru sekitar keluarga saya. Tahniah kepada kakak saya yang sudah direzekikan untuk mengandung. Alhamdulillah

Lelaki atau perempuan saya tidak peduli.

Janji saya jadi seorang uncle

Uncle Anas

Uncle J.J

Uncle Werewolf

Saya gembira!!

Tuesday, July 22, 2008

Brek

Semalam

Saya tidak sedar saya memandu laju dalam harapan menuju ke destinasi dengan cepat, selamat dan bergaya, sehinggalah saya ditegur oleh teman perjalanan saya.
"Perlahankan kenderaan ini, tekanlah brek"
Saya faham dia risaukan keselamatan kami. Kami berbalah sementara. Namun saya akur.
Dia risaukan keselamatan.
Saya mahu tiba cepat.
Kedua dua ada cara sendiri bersama niat yang satu.

Hari ini

Saya berhentikan kereta ini. Menekan brek sepenuhnya.
Dia keluar dan mencari teksi
Namun dia sempat berjanji, kita jumpa dan bersama-sama di destinasi.
Dan saya angguk, menunggu saat itu
Saya tidak meneruskan perjalanan, terkedu, terdiam, memikirkan meneruskan perjalanan seorang diri.
Saya akan mulakan perjalanan kembali, dengan harapan menuju destinasi.
Saya percaya, perjalanan ini sangat jauh jika tidak ditemani kesabaran.

Monday, July 21, 2008

Makanan dunia

Saya dan beberapa rakan saya tersentuh hati tatkala ditunjukkan gambar-gambar ini. Bisakah anda semua berpuas hati dengan nilai makanan yang hanya $1.23 seminggu? Puas hati atau tidak, itulah realiti kehidupan masyarakat di Chad, antara negara yang termiskin di dunia.

Bandingkan pula dengan kebanyakan mereka di lain lain kawasan..


Anda lihatlah sendiri di pautan ini.

Pengajaran:
Bersyukur, sentiasa beringat ada yang lain yang lebih susah dan derita dari kita.
Afrika, contoh klasik kuasa politik yang keji. Akhirnya rakyat menderita. Mahukah kita sebegitu? Tepuk dada dan tanya selera..

Tahukah anda inflasi di zimbabwe ialah 2 juta peratus. Ya, dua juta peratus. Wang yang sama yang dapat membeli kereta semalam langsung tidak dapat membeli makanan ruji keesokan harinya...

Saturday, July 19, 2008

Imbas dan kupas

Kira kira sepuluh tahun yang lalu kita masing-masing digemparkan dengan isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri berurutan daripada tuduhan salah guna kuasa dan juga liwat. Sekali lagi umum dikejutkan dengan pendedahan dan skandal yang sama membabitkan individu yang sama, tetapi pada kadar waktu yang berbeza. Bagi khalayak, sudah pasti kes kes sebegini menjadi sesuatu yang tidak enak untuk didengar. Dilihat dari sudut mana sekalipun, perbuatan meliwat adalah terkutuk dan dilaknat, khususnya dari segi agama.

Pelbagai andaian dapat difikirkan daripada peristiwa ini. Ada yang percaya. Ada yang tidak. Ada yang marah. Ada yang tidak. Ada yang peduli. Ada yang tidak. Hanya yang pasti, semua mendengar dan mengikuti pokok perbincangan ini. Liwat atau tidak?

Bersandarkan soalan yang diajukan, maka ia akan bercambah kepada soalan-soalan kecil yang lain. Jawapannya hanya dua, sama ada ya atau pun tidak. Walaubagaimanapun, persoalan ini bukan kecil, dan tertuduh bukanlah org yang 'kecil' di mata rakyat Malaysia. Orang inilah yang pada satu masa dahulu mempunyai imej yang sangat cemerlang di kalangan pemimpin pemimpin UMNO suatu ketika dahulu. Imej baik itu tidak terbatas pada pentas politik, malah berkembang mekar dari segala sudut dan gelaran warak, islamik, dan seangkatan dengannya seolah olah menjadi kata sifat yang wajib untuk beliau. Oleh kerana inilah apabila tuduhan meliwat dilemparkan, ia seolah olah melanggar hukum alam. Sebagaimana merasa masin ketika disuap gula, orang yang cacat sahaja begitu.

Reaksi rakyat ketika era reformasi sekitar 1998 cukup untuk menceritakan betapa rakyat tidak mempercayai tuduhan kepada beliau. Jika ingatan penulis tidak menipu, pelajar-pelajar juga aktif dalam membela beliau. Rakan saya membawa tag yang menyokong reformasi dan dipamerkan pada rakan-rakan yang lain. Malahan, Perdana Menteri ketika itu diletakkan sebagai seorang antagonis yang merancang konspirasi yang sangat tersusun. Hal inilah yang menyebabkan kekuasaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum pada tahun 1999 sedikit tercalar. UMNO khususnya, mengalami krisis pengurangan ahli dek kerana wujudnya satu parti baru, yang bernama Parti Keadilan Nasional

Tidaklah semua rakyat berpendirian sedemikian. Ada yang berpendirian menunggu keputusan mahkamah, dan ada juga yang terus berkata setuju dan menyokong tindakan pihak pendakwa raya. Walaubagaimanapun, impak golongan sebegini tidak begitu dirasai melainkan akan dihumban dan dikategorikan sebagai bersubahat dalam memfitnah. Oleh kerana itu, tidak ada yang tampil membuat gerakan seumpama reformasi, bagi menggesa pemimpin tidak bermoral ini turun dan dikenakan hukuman serta merta.

Saya dapat bayangkan lagi keadaan reformasi ketika itu. Di mana mana sahaja isu ini menjadi bualan dan perdebatan. Waktu itu, pengaruh internet tidak ketara sebagaimana sekarang. Cuma ada beberapa laman yang lahir dengan tujuan mempertahankan pihak-pihak yang terkesan dengan isu ini.

Tulisan saya ini sekadar catatan yang tiadalah saya zahirkan pandangan peribadi mahupun kecenderungan saya mempertahankan mana-mana pihak. Kematangan khalayak, khususnya pada zaman serba canggih yang membolehkan maklumat diperoleh di hujung jari, amatlah dihormati dan disanjungi. Isu ini menjadi rumit sekiranya kita dikabui dengan kecenderungan fanatik dan membuta tuli, bias dan penuh kebencian. Tidak kiralah kepada pihak yang menuduh atau tertuduh.

Kepincangan politik di Malaysia wajar disembuhkan segera. Rakyat mana yang selesa jika pihak yang memerintah tidak mempedulikan mereka?. Jika ibu ayah sibuk bertengkar, maka anak-anak terabai dan boleh jadi terganggu emosi mereka sehingga akan meletusnya pertelingkahan yang lebih besar. Tuduh menuduh, berbalas debat, tidak akan pernah melegakan rakyat melainkan peluang untuk sebilangan pihak yang gilakan kuasa mendapat tempat yang lebih kukuh dan tinggi.

Friday, June 20, 2008

Rumah



Another summer day
Has come and gone away
In Paris and Rome
But I wanna go home
Mmmmmmmm

Maybe surrounded by
A million people I
Still feel all alone
I just wanna go home
Oh, I miss you, you know

And I've been keeping all the letters that I wrote to you
Each one a line or two
"I'm fine baby, how are you?"
Well I would send them but I know that it's just not enough
My words were cold and flat
And you deserve more than that

Another airplane
Another sunny place
I'm lucky I know
But I wanna go home
Mmmm, I've got to go home

Let me go home
I'm just too far from where you are
I wanna come home

And I feel just like I'm living someone else's life
It's like I just stepped outside
When everything was going right
And I know just why you could not
Come along with me
'Cause this was not your dream
But you always believed in me

Another winter day has come
And gone away
In even Paris and Rome
And I wanna go home
Let me go home

And I'm surrounded by
A million people I
Still feel all alone
Oh, let me go home
Oh, I miss you, you know

Let me go home
I've had my run
Baby, I'm done
I gotta go home
Let me go home
It will all be all right
I'll be home tonight
I'm coming back home

Wednesday, June 11, 2008

Ketat













Salam sejahtera semua

Nampaknya sudah hampir 3 bulan saya tidak menulis

Hal ini kerana keketatan jadual pelajaran

Sekarang saya kurang ketat dan sudah longgar ala ala kadar sebelum peperiksaan bermula

Doakan saya ya

Selamat melonggarkan apa apa yang ketat!

Tuesday, March 18, 2008

Ini adalah surat saya kepada dia



Kepada yang bakal membaca, amaran saya kepada anda, entri ini khas untuk dia, yang hari lahirnya jatuh pada hari ini 18/3. MAKA, tinggalkan entri ini sekiranya anda tidak mahu mendengar kata-kata cinta bersulam bunga dari saya. Haha

Ini adalah surat terbuka, dari saya kepada dia
__________________________________________________________________________________________________________

Dia,
Lembah Pantai,
59200 KL,
Malaysia


18/3/2008

Kehadapan awak yang namanya terpaksa dirahsiakan demi faktor-faktor keselamatan,

Apa khabar awak di sana? Harap sihat hendaknya. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Bukan saya sahaja, malah rakan rumah saya yang bernama Selor(bukan nama sebenar) juga sihat.

Umum mengetahui bahawa hari ini adalah hari Selasa bertarikh 18 haribulan
Mac. Namun, umum tidak mengetahui bahawa hari ini adalah hari jadi
awak. Maka dengan ini saya mengucapkan selamat hari lahir kepada awak.
Saya mendoakan segala yang terbaik buat awak. Semoga apa yang dikerjakan ketika
ini, akan mencipta lorong-lorong yang menuju ke arah kejayaan.

Tarikh ini juga bukan sahaja bermakna kepada ayah, ibu, abang-abang, dan kakak
awak, malah turut bermakna kepada saya.
Hurmm. Kenapa ya? Saya pasti jawapannya sangat jelas, tetapi saya tetap mahu menegaskan bahawa awak penting dalam hidup saya. Maka, hari kelahiran awak merupakan hari yang ceria buat diri saya juga.

[pada yang masih membaca(selain awakla), anda sangat menyibuk!]

Awak,
Ini adalah luahan hati saya.Kita berdua dahulu punya sejarah silam yang sendiri.
Saya berterima kasih kepada awak
yang membuatkan saya terus menjalani kehidupan dengan melihat jalan di hadapan,
apa di hadapan,bukan di belakang. Jalan di hadapan itu walaupun berliku, tetapi
harus untuk gagah dilalui, kerana ada sumber motivasi, iaitu awak. Mudah-mudahan, segala rintangan dan pengharapan yang dilalui, akan dirasai juga kesan hasilnya..



Masih ingatkah pemandangan di atas? Ya, di sinilah Pelabuhan Wellington, tempat berdekatan universiti anda. Saya pasti, anda pasti ,merindui segala yang berlaku di sini, segala yang anda tempuhi dan harungi. Izinkan saya menjadi perasan buat seketika dengan mengatakan bahawa awak pasti merindui saya juga, lebih dari kerinduan awak kepada Lambton Quay, Pak n Save, Tren merentas bukit, penduduk yang ramah dan bermacam lagi panorama-panorama indah yang dikaitkan dengan Wellington.

Awak,
Saya masih berada di sini, dan awak pula berada di sana. Maka, saya harap kita sabar menanti kepulangan yang dinanti.

Sampai di sini sahaja warkah terbuka saya kepada awak.
Selamat hari jadi . Panjang umur murah rezeki.
Anggaplah ini sebahagian dari hadiah hari jadi saya kepada awak...sekadar yang saya termampu..

Ikhlas,
Penulis kisahitu


P.s: Surat ini ditulis sehari sebelum 18/3

Monday, March 03, 2008

Lupakan tajuk, fokus pada...

Melihat kesenangan dari kaca mata yang berdarah


Seringkali dalam kehidupan, kita hilang arah, kita hilang punca, kita hilang fokus. Mudahnya, dalam satu fasa-fasa kehidupan, ada ketikanya, kita tersasar jauh dari tujuan asal. Alasannya pelbagai, lupa, malas, letih, tiada motivasi, putus asa, gagal, atau serik, atau lebih teruk lagi, tiada teknik untuk sampai ke sasaran.

Contoh mudah, jika kita seorang pelajar, matlamat kita adalah belajar, dan belajar itu sendiri ada matlamatnya. Matlamat kita belajar adalah untuk menambah ilmu sejajar dengan tuntutan agama. Tatkala kita menjalani kehidupan sebagai pelajar, kita mengharungi kesukaran dan halangan yang menjadikan matlamat kita kabur. Mudah kata, jika kita diuji dengan kegagalan dan kesempitan waktu, kita tertarik untuk mengambil jalan mudah. Meniru laporan, kerja rumah, dan juga meniru di dalam dewan peperiksaan. Dengan melakukan tindakan-tindakan yang mengurangkan kualiti pembelajaran, maka kita sedikit demi sedikit sasar dari..........

(saya berhenti setakat ini kerana saya sudah lari dari matlamat saya, sebenarnya saya mahu bercerita tentang isu semasa, bukan soal niat ataupun matlamat..hahaha)

Maaf kepada mereka yang benar-benar memberikan fokus kepada dua perenggan pertama tadi. Sebenarnya saya tidak tahu apa lagi yang mahu ditulis tentang matlamat dan tujuan.

Saya menggunakan tajuk entri seperti di atas kerana tertarik dengan kata-kata kapten pasukan Liverpool.[pautan]. Beliau membicarakan bahawa Liverpool seharusnya melupakan sahaja tajuk, tetapi fokus pada tempat keempat. Kenapa keempat? Kerana matlamat itu sahaja yang realistik buat masa ini. Mahu mengidam kejuaraan Liga Perdana Inggeris sudah pasti menjadikan pengidamnya kecewa. Kita tidak cukup bagus, begitulah luahan Jamie Carragher. Bagaimana reaksi saya sebagai penyokong Liverpool? Adakah saya bersetuju atau adakah saya mahu terus mengharapkan kejuaraan kali ini?
Jawapan saya: sudah pasti tidak, kerana saya tahu mereka tidak cukup bagus untuk memenanginya musim ini. Tahun hadapan? Mengapa tidak?(jawapan yang sungguh mencerminkan saya seorang yang optimis)

Bersangkut paut dengan cerita Liverpool ini, saya akan menarik anda, pembaca sekalian kepada fenomena pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi. Perkara menarik yang mahu dikaitkan adalah berkenaan dengan apakah harapan pihak-pihak yang bertanding dalam pilihanraya kali ini. Adakah apa yang dimanifestasikan sejajar dengan kehendak rakyat? Atau lebih mudah lagi adakah apa yang dimanifestasikan sesuai dengan faktor-faktor semasa? Banyak benar janji-janji yang ditaburkan dari kedua-dua pihak tetapi malangnya, janji-janji yang ditaburkan kedua-dua pihak tidaklah mampu menarik minat saya untuk menyokong mana-mana pihak. Saya tidak menyokong bukan kerana saya sombong. Tidak, cuma saya kurang jelas dan yakin dengan kemampuan mereka untuk menunaikan janji-janji itu. Maka, saya rela tidak menyokong dari merasa tertipu dan dipergunakan. Antara janji-janji mereka
Saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada pemenang pilihanraya kali ini untuk mengubah segala-galanya dalam sekelip mata. Saya tidak percaya yang generasi kepimpinan sekarang mampu untuk mengalahkan rasuah, kronisme yang melanda negara ini. Saya menganggarkan generasi-generasi yang lebih muda untuk mengambil alih tampuk pemerintahan sekaligus memperbaiki segala keburukan yang ada. Maka sebagai generasi baru, saya bercita-cita mahu merubah segalanya, tetapi tidak seorang diri,saya berharap rakan-rakan di luar sana turut sama membina sebuah generasi yang lebih matang dan bertamadun...


Saya tidak berapa teruja dengan berita-berita yang keluar kerana kebanyakannya dijadikan sensasi, bukan kerana fitrah berita itu sendiri. Berita yang fitrahnya sensasi adalah seperti di bawah:
1.Penyokong pembangkang masuk BN.hehe [pautan 1]. Penyokong PKR tapi masuk BN? Masuk BN sahaja tapi masih sokong PKR. Sensasi gila
2. Perang [pautan 2]. Bila la dunia nak aman. Bila PM la ni sudah tak memerintah kot..
3. Punca tekanan adalah testosterone. [pautan 3]. Apekehe?
4. PM Bangladesh kepanasan [pautan]
5. Biodiesel tidak baik untuk alam sekitar. [pautan]

Berita yang disensasikan
1.Ganjaran kepada imam. [pautan 4]
2.Pas kepanasan. [pautan 5]
3. Penduduk kedah jadi jutawan kerana UMNO. [pautan 6]
4. Parti pembangkang kena cermin diri.haha. saya ketawa bukan kerana berita tetapi ketawa kepada dia yang bercakap.. [pautan 7]
5. Pas benarkan calon mengumpat![pautan8]

Saya menghabiskan sebuah lagi buku karangan John Perkins, dan apa yang beliau simpulkan adalah menarik. Beliau menulis bahawa syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Shell, ExxonMobil dan Toyota sebagai punca utama kepada ketidakseimbangan ekonomi dunia. Walaubagaimanapun beliau tidak menutup sebarang peluang kepada syarikat-syarikat ini untuk menjadi penawar kepada penyakit ekonomi ini. Beliau percaya, masalah ini lebih mudah dirawat jika syarikat-syarikat ini bekerjasama untuk merawat masalah ciptaan mereka. Kerana itulah syarikat-syarikat gergasi dunia mula memberi perhatian kepada masalah alam sekitar, alternatif kepada minyak konvensional, krisis dunia dan sebagainya. (they are the problem, but they are part of the solution)


Membaca buku tulisan beliau juga membuatkan saya terfikir akan kesenangan sebilangan manusia dengan harga kesengsaraan sejumlah manusia yang lain. Bagi siapa siapa yang pernah menonton filem Blood Diamond, anda pasti faham akan kata-kata saya. Berlian yang dijual atas kemahuan(bukan keperluan) sebilangan manusia mengakibatkan peperangan yang berlanjutan. Lebih menyedihkan, kita dibutakan dari melihat isu ini. Kita bukanlah bodoh, tetapi jahil kerana tidak pernah diberitahu akan perihal yang sebenar. Selain itu, pakaian, kasut , topi dan apa-apa yang kita banggakan memakainya sebenarnya adalah simbol kesusahan manusia yang lain. Sudah pasti anda mendengar tentang sweatshop. Kilang yang menawarkan gaji yang sangat rendah. Serendah $2 dolar sehari. Maka, saya berperasaan malu mahu memakai kasut jenama Nike yang sudah dibeli tahun lepas. Juga peralatan komputer yang murah...
Ketahuilah yang sebilangan kesenangan yang kita kecapi hari ini, di sebaliknya adalah atas kesusahan manusia yang lain. Maka, sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki kepincangan atau lebih gempak lagi kebobrokan dunia masa kini.

Itu sahaja.
Sekian

P.s:
1. Jika apa yang saya bicarakan adalah samar-samar sahaja, maafkan saya kerana saya menulis dalam keadaan tergesa-gesa
2. Kepada yang bakal mengundi. Undi dengan bijak. Pilihlah CALON yang anda rasakan mampu menjadi yang terbaik untuk anda.
3. Semalam hari lahir saya. Maaf, anda terlambat mahu mengucapkan happy burfday kepada saya. hahahahahahahhhahaa
4. Jika saya silap, maka memang lumrah manusia melakukan kesilapan.
5. Politik bukan gelanggang menabur janji, sebaliknya memberi budi.
6. Lupakan parti, fokus pada....Calonnya