Untuk entri merdeka, saya sekadar petik entri dua tahun lepas tatkala senario negara tidak seperti sekarang..Selamat berpuasa kepada keluarga, si dia, rakan taulan dan seluruh umat islam di serata dunia. Ampun maaf dipinta.
Memilih untuk menjadi patriotik atau tidak adalah pilihan individu. Memilih untuk menghargai kebebasan dan kemerdekaan juga adalah pilihan individu. Di sini saya memilih untuk menjadi patriotik. Maka dengan lafaz patriotiknya saya mengucapkan selamat hari kebangsaan Malaysia!!
Cukupkah sekadar menulis melambangkan nilai dan harga patriotisme itu sendiri?
Cukupkah sekadar melaung-laungkan kebebasan lantas mencerminkan jati diri?
Cukupkah sekadar berpantomim?(haha)
Cukupkah sekadar mengenal sejarah tanpa menghayatinya?
Umum rata-rata sudah amat matang untuk menilai jawapan bagi persoalan di atas. Mengapa hari kebangsaan? Tidak hari kemerdekaan? Pernahkah kita merdeka? Atau pernahkah kita dijajah?
(Kena belajar sejarah semula, mengkaji apa sebenarnya yang terjadi)
Siapa berminat lawati ini
Sebelum saya sudahi entri sempena 31 Ogos ini, saya tempekkan sajak dari sasterawan tersohor negara kita, A Samad Said berjudul Hidup Bersama;HIDUP BERSAMA" Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
" Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan tofan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."
A Samad Said
Salam
0 komen:
Post a Comment