- Catherine Zeta Jones dalam filem Entrapment, sumber Lim Kit Siang
- Jackie Chan dalam filem Police Story, saya lupa Police Story ke berapa..dah tahu, police story 3..saya peminat Jackie Chan
- Anas Saudi dalam filem Pekan Boy, sumber dirahsiakan
Sebetulnya, gelaran Datuk harus diberikan kepada Allahyarham Ahmad iaitu ayah kepada bapa saya, Saudi bin Ahmad kerana beliau berjuang dalam usaha kemerdekaan negara. Selain itu, beliau juga merupakan seorang datuk yang baik kepada cucu-cucunya. Al-fatihah kepada beliau..
Hari ini, Seniman pula mempersoalkan isu Shah Rukh Khan ini. Jika ada di antara kita yang bising-bising akan gelaran Datuk ini, bagi saya mereka lebih layak bersuara dan saya mengalu-alukan suara atau vokal mereka (vocalizing)..
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.
"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.
"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.
"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.[pautan]
Selepas ini saya berharap akan ada suruhanjaya yang mengkaji ciri-ciri sebenar penerima gelaran-gelaran tertentu di Malaysia.
Saya untuk Datuk? Tidak mengapalah, tunggu saya dapat cucu dahulu..Kalau Dato' saya akan fikir dahulu..

6 komen:
eh apa beza gelaran Datuk dgn Dato'?
ribena boleh cek di sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_titles#State_titles
sgt panas ati..so ari anugerah tuh disampaikan, sy g beraye menghiburkan ati..lalalala...
pekan boy?
sumber reliable? hehe...
tul la...abru teringt kat jackie chan...
lagi baguih apa kalau die dpt datuk..
haha
dh jd bubur.
Pekan boy strikes back
http://mymalaysia.wordpress.com/2006/10/13/the-truth-about-khairy-jamaluddin-30/
Post a Comment