Thursday, June 11, 2009

Seterika


Seterika saya meletup pagi tadi. Saya terkejut kerana tidak menyangka seterika itu boleh mengejutkan saya sebegitu rupa di awal pagi tadi. Saya bertindak dengan tenang dan tidak panik. Sumber elektrik ditutup, sambungan wayar dikeluarkan dari soket kuasa, dan seterika di simpan ke tempat asal.

Kejadian seterika ini mengajar saya menjadi lebih berhati-hati dan menjangka semua serangan dari segenap penjuru. Kadang-kadang perkara yang biasa kita lakukan tidak semestinya selamat. Utamakan keselamatan. Pengajaran kali ini.

Maka pagi tadi saya memakai baju kemeja yang tidak bergosok. Memang renyuk. Namun sentiasa ada strategi. Pakai jaket biru setiap masa. Ah, bukan sengaja mahu letupkan seterika. Sekali sekalai pakai baju tidak bergosok apa salahnya.

Hari Jumaat ini hari jadi orang yang istimewa di hati saya, dan adik beradik yang lain. Maka saya harus pulang hujung minggu ini (seakan-akan saya tidak pulang setiap minggu,hehe). Ikutkan hati saya mahu hadiahkan mak dengan menantu baru, tapi apakan daya, anakanda masih tidak mampu, hehe..

2 comments:

Anonymous said...

insyaAllah dh xlame dh tu...
mungkin sedikit mase sahaje lagi utk menghadiahkan ibu anda dgn "hadiah" itu...
saya pun pasti ibu anda pun juga tidak sabar rasanya utk menimang cucu daripada zuriat anda...insyaAllah

Anonymous said...

wah2..anas2....hehehe..itulah inshaAllah tidak lama lagi lah tuh..ameen cpt2 sket ye...=)